Inspirasi Qaseh Kami : Pengorbanan frontliner tetap dihargai.

Petaling Jaya, 2 Februari : Jasa dan pengorbanan anggota bertugas tetap dihargai selain usaha mereka mendapat perhatian Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, sumbangan ini merupakan tanda perhargaan kepada petugas barisan hadapan khususnya dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ketika pandemik Covid-19.

“Semoga usaha ini dapat memberikan semangat kepada mereka dalam menunaikan amanah dalam melaksanakan tugas,” katanya ketika mengadakan ziarah dan kunjungan hormat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Penyerahan sumbangan disempurnakan beliau sendiri dan diserahkan menerusi Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, Pengarah Kanan di Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Operasi YaPEIM, Mohammad Zamri Zakaria dan Pengurus Negeri YaPEIM Selangor, Che Nor Azila Che Ghani.