Inspirasi Qaseh Kami : MyHAUS lengkapi impian penoreh getah.

Tanah Merah, 28 Februari : Rumah milik Mohd Hilmi Ramly, 55, diberi nafas baru menerusi program MyHAUS yang dilaksanakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

“Saya bersyukur sebaik menerima perkhabaran mengenai pencalonan nama saya sebagai penerima bantuan MyHAUS YaPEIM.

“Setidaknya, saya dan ahli keluarga dapat mendiami rumah ini yang lebih selesa untuk masa depan lebih baik buat kami semua,” katanya ketika ditemui di Bukit Panau, dekat sini.

Penyerahan pencalonan nama MyHAUS kepada Mohd Hilmi disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Dalam program sama, Ahmad Marzuk turut menyerahkan bantuan Foodbank kepada 10 asnaf di lokaliti berkenaan mencakupi barangan keperluan asas.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan dan barisan kepemimpinan tertinggi YaPEIM.