Inspirasi Qaseh Kami : Jalin kerjasama santuni mangsa banjir

Tanah Merah, 24 Mac : YaPEIM dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah serta Masjid Mukim Batang Merbau telah mengagihkan sumbangan tunai berjumlah RM15,000 kepada mangsa banjir di daerah itu, baru-baru ini.

Seramai 30 keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini menerima sumbangan tunai bernilai RM500.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Negeri YaPEIM Kelantan, Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh diiringi En Sofian Amir Che Soh, Ketua Penolong dan Ketua Jajahan Pembangunan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Imam Masjid Mukim Batang Merbau, Mohd Sabri Tahir.

Antara penerima sumbangan hari ini adalah Che Selamah Mat Hussin yang rumahnya ditenggelami banjir setiap tahun bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan perbelanjaan perubatan suami yang menghidap strok sejak 9 tahun lalu.

Dengan sumbangan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang senantiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan