Inspirasi Qaseh Kami : Frontliner terima bantuan YaPEIM

Kuala Lipis, 19 Januari : Seramai 35 orang frontliner dari Balai Bomba Kuala Lipis telah menerima sumbangan Foodbank YaPEIM 2.0 iaitu barangan Ready To Eat berjumlah Rm600.00. Turut hadir Tuan Hazlizan Bin Ramli, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis.

Manakala Majlis penyerahan di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kuala Lipis seramai 70 orang penerima yang terdiri daripada Anggota Pertahanan Awam Kuala Lipis telah menerima sumbangan Foodbank Dryfood berjumlah Rm900.00. Turut hadir Sarjan Mohd Faizul Redzuan Bin Rosli, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lipis

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak khususnya penyumbang Tabung Amanah YaPEIM yang senantiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.