Inspirasi Qaseh Kami : Agihan daging segar YaPEIM satu kegembiraan.

Miri, 09 Mac : Squad Qaseh YaPEIM Sarawak berqaseh ke Surau Al Anbiya Lusut Jaya, Masjid Darul Hana Lambir, dan Masjid Al-Firdaus Taman Tunku bagi menyerahkan sumbangan Foodbank YaPEIM berupa 700 pek daging segar untuk diagihkan kepada penerima berpendapatan B40, asnaf, muallaf dan beberapa Individu yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Pihak Pengerusi serta ajk masjid sebagai wakil kepada penerima mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak YaPEIM atas sumbangan daging segar.

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan, itu gambaran perasaan penduduk yang berbesar hati menerima sumbangan daging segar yang disampaikan oleh Squad Qaseh YaPEIM Miri Sarawak.

Diharapkan sumbangan ini dapat mengukir senyuman kepada penerima manfaat sekaligus menjadi satu ingatan daripada YaPEIM kepada masyarakat.

Terima kasih penyumbang Tabung Amal Jariah YaPEIM yang prihatin dalam membantu masyarakat sehingga ke hari ini.