Dr Zulkifli lawat Pusat Pengajian Darul Hasanah

Sandakan, 20 September – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melawat Pusat Pengajian Darul Hasanah di Rancangan Sungai Manila, Batu 12, di sini hari ini.

Dalam lawatan itu Dr Zulkifli turut menyampaikan sumbangan tunai kepada semua pelajar tahfiz di pusat pengajian berkenaan selain sumbangan 200 pek Foodbank YaPEIM berupa barangan keperluan asas kepada pihak pengurusan.

Sementara itu, dalam majlis sama Dr Zulkifli turut menyerahkan bantuan Sinar Kasih YaPEIM berupa bantuan tunai berjumlah RM4,800 kepada keluarga Roslinah Sari yang kehilangan suami akibat tragedi bot karam.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan dan barisan pengurusan YaPEIM.