Ahmad Marzuk serah sumbangan Foodbank YaPEIM kepada ‘frontliners’

Gua Musang, 22 Disember – Seramai 250 petugas barisan hadapan yang terjejas dari segi pendapatan menerima bantuan Foodbank YaPEIM 2.0 di Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Pejabat Pendidikan Gua Musang di sini, semalam.

Dalam masa sama YaPEIM turut mengagihkan bantuan daging segar kepada penerima yang disampaikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Ahmad Marzuk Shaary.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR Azman Ahmad, Pengurus Besar KESEDAR Iskandar Zukarnaian Ibrahim dan Pegawai Pendidikan Daerah Azuri Hamzah.

Terima Kasih Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.