430 Pelajar terima bantuan makanan YaPEIM

Selangor, 18 Oktober – Seramai 430 pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) gembira selepas terpilih menerima bantuan makanan Ready to Eat (RTE) dalam Program Foodbank 2.0 anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), kelmarin.

Bantuan yang disalurkan kali ini mengambil kira kekangan serta kesulitan yang dihadapi pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sumbangan yang diberikan adalah makanan yang sedia untuk dimakan kepada semua pelajar yang telah dikenal pasti.

Sumbangan telah diserahkan Pegawai Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) masing-masing kepada semua pelajar.

Turut hadir Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa dan Alumni), Prof Madya Dr Mohamad Syukri Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Timbalan Ketua Pengarah Pelaburan YaPEIM, Tuan Haji Awang @ Musran Tawil serta Naib Canselor UPNM, Lt Jen Dato Hj Abdul Halim Hj Jalal.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban penerima.

Terima Kasih Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.