192 mangsa banjir terima bantuan YaPEIM

Pahang, 4 Januari -Seramai 192 mangsa banjir mengikut maklumat daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Pekan setakat jam 5.00 petang ditempatkan di 6 buah pusat pemindahan Daerah Pekan iaitu Pusat Pemindahan SMK Peramu Jaya, Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, Dewan Semai Bakti Felda Chini 3, SK Temai, SK Sinar Mutiara dan Balairaya Kampung Menchupu hari ini.

YaPEIM dengan penuh prihatin tampil membantu mangsa-mangsa yang terlibat musibah banjir ini dengan menyerahkan sumbangan makanan sedia dimakan melalui Program Foodbank YaPEIM 2.0 (Ready To Eat) kepada pihak PKOB Daerah Pekan untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang merupakan prosedur terkini bagi penyaluran bantuan disebabkan wabak covid19.

Turut hadir Puan Rafidah binti Mohd Tahar, Penolong Pegawai Daerah Pekan mewakili PKOB Daerah Pekan.

Pihak YaPEIM merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang YaPEIM yang telah menyumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM.