Inspirasi Qaseh Kami : Pengorbanan frontliner tetap dihargai.

Petaling Jaya, 2 Februari : Jasa dan pengorbanan anggota bertugas tetap dihargai selain usaha mereka mendapat perhatian Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, sumbangan ini merupakan tanda perhargaan kepada petugas barisan hadapan khususnya dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ketika pandemik Covid-19. […]

Inspirasi Qaseh Kami : Frontliner terima bantuan YaPEIM

Kuala Lipis, 19 Januari : Seramai 35 orang frontliner dari Balai Bomba Kuala Lipis telah menerima sumbangan Foodbank YaPEIM 2.0 iaitu barangan Ready To Eat berjumlah Rm600.00. Turut hadir Tuan Hazlizan Bin Ramli, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis. Manakala Majlis penyerahan di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kuala Lipis seramai 70 orang penerima yang […]

Inspirasi Qaseh Kami : Mangsa banjir di johor terima Foodbank YaPEIM

Bandar Tenggara, 15 Januari : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Panti menjejaki mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Kota Tinggi, di sini, semalam. Seramai 250 buah keluarga yang terjejas akibat banjir beberapa hari lalu menerima bantuan Foodbank YaPEIM Dry Food bagi meringankan beban mereka yang ditimpa musibah. Bantuan […]

YaPEIM ziarah, ringan beban mangsa banjir

Slim River, 6 Januari – Sayu hati warga Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebaik melihat keadaan sebahagian mangsa yang terjejas banjir sekitar bandar ini. Dalam ziarah yang diketuai Pemangku Ketua Pengarah YAPEIM, Parihah Hasan bersama warga pengurusan YAPEIM Perak, jelas mendapati semangat prihatin yang dipamerkan sukarelawan dan petugas barisan hadapan sekitar sedikit sebanyak membantu […]

192 mangsa banjir terima bantuan YaPEIM

Pahang, 4 Januari -Seramai 192 mangsa banjir mengikut maklumat daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Pekan setakat jam 5.00 petang ditempatkan di 6 buah pusat pemindahan Daerah Pekan iaitu Pusat Pemindahan SMK Peramu Jaya, Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, Dewan Semai Bakti Felda Chini 3, SK Temai, SK Sinar Mutiara dan Balairaya Kampung […]

Ahmad Marzuk serah sumbangan Foodbank YaPEIM kepada ‘frontliners’

Gua Musang, 22 Disember – Seramai 250 petugas barisan hadapan yang terjejas dari segi pendapatan menerima bantuan Foodbank YaPEIM 2.0 di Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Pejabat Pendidikan Gua Musang di sini, semalam. Dalam masa sama YaPEIM turut mengagihkan bantuan daging segar kepada penerima yang disampaikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

Misi ‘boat house’ Foodbank 2.0 Royal Belum

Hutan Belum, 19 Disember – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyelusuri perjalanan dengan menaiki ‘boat house’ dalam usaha ziarah ke perkampungan Kampung Orang Asli Chion , di sini. Perjalanan memakan masa hampir tiga jam menuju ke lokasi pemberian sumbangan namun semua itu tidak mematahkan semangat para sukarelawan YaPEIM dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kepada […]

Polis Perak galak pegawai, anggota sumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM

Ipoh, 17 Disember – “Saya berpendapat apa yang dilakukan pihak YaPEIM sekarang ini (aktiviti amal jariah) amat baik dan saya akan menggalakkan wargaIbu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk bersama membuat potongan gaji atau derma kepada Tabung Amanah YaPEIM sebagai saham akhirat mereka.” Kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang menyatakan sokongan dan […]

YaPEIM lawat warga emas yang kehilangan tempat tinggal

Perlis, 3 Disember – Sayu melihat keadaan tapak rumah pak cik Hassan Ali, 70, yang ranap dalam kebakaran di Kampung Perawah, Bukit Keteri, di sini, pada 18 Oktober lalu. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu menyebabkan pak cik Hassan dan keluarganya kehilangan tempat tinggal dan kini menetap secara sementara di surau di kampung itu. YaPEIM […]

Dua keluarga terjejas kebakaran rumah terima bantuan YaPEIM

Kota Tinggi, 26 November – Dua keluarga yang terjejas akibat kebakaran rumah pada 28 Julai lalu menerima bantuan YaPEIM Prihatin bernilai RM1500 setiap keluarga yang disampaikan di Taman Kota, di sini, hari ini. Norlila Abdullah, 54, dan Muhammad Anuar Said, 23, masing-masing terjejas akibat kebakaran rumah mereka di Jalan Rusa, Taman Kota, di sini Julai […]