Ar Rahnu Biznita Bantu Lebih Ramai Wanita Terlibat Dalam Keusahawanan

PETALING JAYA, 5 MAC 2022 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad hari ini secara rasmi melancarkan produk baharu Ar Rahnu YaPEIM iaitu Ar Rahnu BizNita di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, di sini, hari ini. Ar Rahnu Biznita diperkenalkan bertujuan membantu golongan wanita terutama mereka yang […]

Inspirasi Qaseh Kami : “BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL”

Hulu Selangor, 02 Mac 2022 : Ujian yang berat perlu dipikul Puan Norazlinawati Amsah, 49, yang telah kematian suami 3 tahun lalu akibat penyakit darah tinggi kronik menyara 6 orang anaknya dan salah seorangnya Muhammad Fitri Rayyan, 7, merupakan seorang oku yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Beliau menyara keluarga dengan hanya meniaga burger dimalam hari […]

Inspirasi Qaseh Kami : Sumbangan Prihatin YaPEIM kepada 13 keluarga mangsa bencana ribut

TRONG, 14 Februari 2022 : YaPEIM melalui Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Perak semalam telah menyumbangkan Wang Tunai RM500 dan Set Foodbank YaPEIM (Dryfood) bernilai RM100 kepada setiap 13 keluarga mangsa bencana ribut di Trong dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Sungai Tinggi. Sumbangan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator […]

Rumah MyHAUS, anugerah buat kami

KUALA TERENGGANU, 11 FEBRUARI 2022 – Kehidupan pasangan Mohd Khaizuan Oslan Affandi, 33, dan Tuan Norlyda Tuan Ariffin, 30, bukanlah dari kalangan kehidupan orang berada, namun kegigihan mereka berdua untuk membesarkan tiga cahaya mata dengan berniaga makanan sejuk beku amat mengagumkan. Bermula secara separuh masa pasangan suami isteri itu kemudian berjaya memajukan perniagaan mereka sedikit […]

YaPEIM, Hong Leong MSIG Takaful jalin kerjasama strategik perkenal Takaful Tenang

KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI 2022 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Hong Leong MSIG Takaful menjalinkan kerjasama strategik bagi program Baucar RM75 Perlindungan Tenang (PTV) bagi membantu kumpulan B40 di Malaysia. Perlindungan Takaful Tenang ini menawarkan perlindungan sehingga RM30,000 melalui baucar RM75 yang boleh dimanfaatkan orang ramai yang memenuhi syarat ditetapkan. Majlis pelancaran […]

Ar Rahnu YaPEIM laksana Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2021

PETALING JAYA, 25 Januari 2022 – Ar Rahnu YaPEIM telah melaksanakan Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM 2021. Kempen yang bermula pada 01 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 itu mencatatkan jumlah transaksi penyertaan melebihi 400,000 dengan Nilai Marhun melebihi 1.7 billion. Kesemua pemenang bertuah akan dihubungi pihak Ar Rahnu YaPEIM dalam masa terdekat. Pihak pengurusan […]

Bekas Pemandu Teksi bersyukur terima bantuan

HULU LANGAT, 24 Januari 2022 : Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itu perumpaan sesuai menggambarkan keadaan terkini Mohammad Harun, 62, selepas mata pencariannya sebagai pemandu teksi selama 27 tahun terputus akibat pandemik Covid-19. Lebih mendukacitakan, rumahnya yang terletak di Kampung Sungai Serai Batu 14, Hulu Langat, di sini, turut dilanda musibah banjir besar pada Disember […]

Inspirasi Qaseh Kami : Penduduk terjejas banjir dapat sumbangan YaPEIM

JELI, 17 Januari 2022 : Sebanyak 40 set barangan periuk nasi elektrik dan 40 set makanan ready to eat kepada 40 orang penerima, baru-baru ini. Sumbangan telah diserahkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada penduduk kawasan yang terkesan dengan banjir khususnya di kawasan Lakota dan Kuala Balah. Sumbangan telah disampaikan oleh Ustaz Major […]

KYB Diiktiraf 100 Koperasi Terbaik di Malaysia

PETALING JAYA, 11 JANUARI 2022 – Koperasi YaPEIM Berhad (KYB) diiktiraf sebagai antara 100 koperasi terbaik di Malaysia selepas menerima sijil pengiktirafan yang dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), semalam. Pengiktirafan itu disampaikan Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur SKM, Encik Jaafar Ahmad kepada Ketua Pengarah YaPEIM Tuan Haji Mohd Ridzal Mohd Sheriff dalam majlis yang […]

Inspirasi Qaseh Kami : Agensi-agensi agama hulur bantuan banjir di Segamat

Segamat, 04 Januari 2022 : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Senator Tuan Haji Idris Ahmad ziarah mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) seluruh daerah Segamat, semalam. Agensi-agensi agama menghulurkan bantuan makanan serta peralatan kelengkapan solat bagi memudahkan aktiviti ibadah dilaksanakan di PPS. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut menyumbang barangan Foodbank berupa […]