YaPEIM Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Baling

Baling, 6 Julai – Sejumlah 200 pek bungkusan makanan sedia dimakan bakal diagihkan kepada 200 keluarga mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai dan Surau An Nur Taman Mesra, Kupang. Skuad Qaseh YaPEIM kini sedang membuat penyediaan dari segi pembungkusan barangan dan sumbangan akan diagihkan pada petang ini. Anda juga boleh menyumbang […]

YaPEIM Lancar SIG, Beri Peluang Masyarakat Berinfaq

Bangi, 28 Jun 2022 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melancar dan menjenamakan semula Skim Potongan Gaji (SPG) YaPEIM kepada Skim Infaq Gaji (SIG) YaPEIM sebagai langkah pembaharuan yang diambil bagi memberikan imej baru kepada penyumbang terutamanya golongan muda untuk bersama YaPEIM membantu mereka yang kurang bernasib baik. Langkah diambil ini juga bagi menyesuaikan […]

Inspirasi Qaseh Kami : “Jangan tinggal solat kerana solat itu tiang agama”

Mersing, 18 Jun 2022 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad menitip pesan sebagai tanda kenangan kepada warga penduduk, di sini, hari ini. Datuk Hj. Idris menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada 100 keluarga asnaf di Mukim Bandar dan Mukim Tenglu dalam Program Penyerahan Sumbangan Inspirasi Qaseh Kami […]

Ar Rahnu YaPEIM Akses, YaPEIM Gold Akses Beri Pilihan Kepada Masyarakat Muar

Muar, 25 Mei 2022 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Hj Idris Hj Ahmad memuji usaha yang dilakukan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam melebarkan sayap perniagaan dan teras sosioekonominya. Ia adalah hasil pembukaan Ar Rahnu YaPEIM Akses dan YaPEIM Gold Akses secara rasmi di daerah Muar, Johor. […]

YaPEIM Lancar Aplikasi DiYa, Sasar Lebih 100,000 Pengguna

Putrajaya, 17 Mei 2022 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengambil pendekatan dinamik apabila melebarkan sayapnya dalam memperkenalkan aplikasi digital YaPEIM (DiYa) bagi memberi kemudahan kepada pelanggannya. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Hj Idris Ahmad berkata, DiYa yang dibangunkan pada November 2020 dan mula diperkenalkan kepada umum pada […]

Sumbangan Aidilftiri Pusat Jagaan Warga Emas

Saat meniti usia senja pastinya kumpulan warga emas ini menginginkan kasih sayang daripada insan yang mereka kasihi serta dambakan perhatian daripada orang sekeliling. Namun tidak semua apa yang mereka hajati dapat dipenuhi. Bagaimanapun Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM prihatin dengan nasib dan keperluan mereka apabila menyalurkan sumbangan […]

YaPEIM Agih Juadah Berbuka Sepanjang Ramadan, Peruntuk RM1.12 juta

Petaling Jaya, 6 April 2022 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan RM1.12 juta bagi agihan juadah berbuka puasa pada program Inspirasi Qaseh Ramadhan 1443H kali ini. Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Haji Awang Musran Tawil berkata, sebanyak 500 pek juadah berbuka diagihkan di 14 negeri setiap hari selama 20 hari bermula Isnin lalu. […]

Kayuhan Kasih, Raja Berjiwa Rakyat

Mengetepikan protokol serta bersahaja ketika menyapa rakyatnya. Itulah perwatakan ditunjukkan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis ketika mengetuai kayuhan Program Inspirasi Qaseh Kami menyantuni asnaf sekitar Kangar, hari ini. Tiba seawal jam 7.40 pagi, Tuanku ditaklimatkan secara ringkas terlebih dahulu oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah […]

PROGRAM ROAD 2 GROWTH 2022 (R2G 2022) merupakan kerjasama strategik antara YaPEIM dan MTDC.

Program yang berlangsung pada hari ini di Hilton Hotel, Kuching, Sarawak ini melibatkan 12 usahawan YaPEIM yang merupakan Pelanggan Ar Rahnu Bisnes atau Biznita. Program ini juga merupakan siri jelajah kedua selepas Sabah dan bakal dilaksanakan ke seluruh negara. Antara objektif program adalah : a) Memberi penerangan dan memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyedia solusi […]

Inspirasi Qaseh Kami : “Pelajar di hati, YaPEIM terus Berbakti”

Sentul, 16 Mac 2022 : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Wilayah Persekutuan telah menyantuni 400 pelajar Asnaf sekitar Kuala Lumpur melalui Program Bantuan Persekolahan YaPEIM – Alliance Bank dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan WPKL dengan menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan yang bernilai RM30,000.00. Serahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua […]