Ramadan MADANI YAPEIM santuni pelajar di IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai

Lembah Pantai, 12 Mac 2026 – YAPEIM telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM bertempat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai sebagai usaha berterusan dalam menyantuni masyarakat melalui pelaksanaan program kebajikan dan sokongan pendidikan sepanjang bulan Ramadan.

YAPEIM menyalurkan sumbangan iftar Ramadan berjumlah RM5,000 bagi penyediaan juadah berbuka puasa untuk 1,000 orang pelajar.

Di samping itu, sumbangan bantuan Aidilfitri berjumlah RM5,000 turut disalurkan kepada 50 orang pelajar bagi persediaan menyambut hari raya yang bakal tiba.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi Malaysia, YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil.

Turut hadir ke majlis ialah Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Timbalan Rektor Pusat Dasar dan Kualiti Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan, Dr. Rusminah binti Musliman, Pemangku Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat YAPEIM, Encik Saiful Khairi bin Kamarudin, barisan pensyarah dan kakitangan institut.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen YAPEIM dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti melalui pendekatan menyeluruh secara berfokus.