Perlaksanaan program ini merupakan salah satu medium bagi memperkukuhkan perkhidmatan sedia ada dalam usaha menyediakan apresiasi kepada kumpulan sasar yang sentiasa menunjukkan kesetiaan terhadap program anjuran YaPEIM. Melalui usaha ini, secara tidak langsung YaPEIM dapat memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang lebih berkesan. Antara kumpulan sasar atau pelanggan YaPEIM yang akan terlibat dengan program ini adalah seperti berikut: 

  1. Pelanggan Ar Rahnu YaPEIM;
  2. Peserta Tabung Ibadah Qurban YaPEIM (TaQY);
  3. Pelanggan Pasar Raya YaPEIM (YaPEIM SMART);
  4. Pelanggan YaPEIM Gold;
  5. Penyumbang Skim Potongan Gaji (SPG);
  6. Warga Kerja YaPEIM. 

Nota : Kumpulan sasar tertakluk kepada keupayaan perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM dari semasa ke semasa.

  1. Sebagai Pusat Sehenti (Setempat) pelanggan-pelanggan YaPEIM untuk berinteraksi dalam usaha menyantuni kumpulan sasar yang sentiasa menyokong dan komited terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh YaPEIM. 
  2. Sebagai satu platform untuk pelaksanaan bagi pengumpulan data pelanggan- pelanggan YaPEIM untuk tujuan kajian demografi dan spending pattern bagi merangka strategi pemasaran dan promosi produk-produk dan perkhidmatan YaPEIM yang lebih berkesan. 
  3. Memberi dan membuka peluang kerjasama yang strategik kepada institusi, syarikat, usahawan dan lain-lain pihak yang berminat untuk terlibat dan turut serta menyediakan ganjaran kepada kumpulan sasar terpilih. 
  4. Sebagai wadah dalam meletakkan YaPEIM dan Kumpulan YaPEIM menjadi institusi peneraju dalam pelaksanaan dan penawaran produk dan perkhidmatan dan juga dalam memberi sumbangan yang penting bagi mempertingkatkan kesejahteraan ummah.

Pelanggan yang menyertai program ini akan diberi Kad Keahlian Privilege YaPEIM dan berpeluang mendapatkan pelbagai manfaat daripada YaPEIM dan rakan niaga yang berdaftar dengan YaPEIM seperti pengumpulan dan penebusan mata ganjaran, diskaun (potongan harga), rebat tunai, hadiah istimewa, baucer tunai dan lain-lain yang dikenalpasti dari semasa ke semasa melalui perkhidmatan dan perniagaan yang disediakan. 

Nota: Sila rujuk pakej dan manfaat yang disediakan oleh rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM. 

Ya, anda hanya perlu membayar RM10.00 sahaja untuk pengeluaran kad keahlian Privilege YaPEIM bagi tempoh 3 tahun. 

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas 
  2. Anda merupakan pelanggan YaPEIM dan layak untuk memohon Kad Ahli
  3. Anda boleh memohon Kad Ahli di mana-mana rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM seluruh negara dengan melengkapkan borang pendaftaran Privilege YaPEIM dan menunjukkan MyKad, pasport atau sebarang pengenalan peribadi sepertimana yang diperlukan.

Anda akan menerima kad keahlian sejurus selepas membuat pendaftaran di mana –mana cawangan Ar Rahnu YaPEIM serta rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM terpilih.

Anda boleh mengumpul mata sebaik sahaja anda mendaftar sebagai ahli dan berurusan di rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM terpilih.

Ya, anda akan mendapat mata ganjaran sejurus selepas pembelian. Walaubagaimanapun, proses ini akan mengambil masa 1-60 hari untuk mata ganjaran dikreditkan kedalam akaun Privilege YaPEIM anda. 

Ya, anda masih boleh mengumpul mata tetapi anda perlu menunjukkan Kad Privilege YaPEIM bagi urusan penebusan di rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM terpilih. 

Sila kunjungi mana-mana rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM yang berhampiran untuk mengisi borang permohonan pendaftaran kad Privilege YaPEIM yang baru dan mendapatkan kad ganti dengan segera.

Ya, ahli dikehendaki membayar RM5 atau 500 mata ganjaran ditolak daripada akaun anda untuk setiap pertukaran kad ganti yang baru. 

Struktur mata ganjaran adalah berbeza dari segi pengumpulan dan penebusan. Setiap rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM beroperasi secara berbeza dari yang lain, bukan hanya pada produk tetapi juga perkhidmatan yang mereka sediakan. 

Nota : Sila rujuk pada risalah yang dibekalkan di setiap rangkaian perkhidmatan dan perniagaan YaPEIM yang mengambil bahagian.

Ahli boleh menyemak mata ganjaran Privilege YaPEIM dengan menghubungi Hotline Privicare YaPEIM 1800-18-3434 atau melalui laman web www.privilege.yapeim.my

Tidak boleh, mata ganjaran Kad Privilege YaPEIM tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Walaubagaimanapun, mata ganjaran terkumpul boleh di tebus dengan hadiah ganjaran melalui cawangan atau rakan niaga YaPEIM terpilih atau sila rujuk laman web Privilege YaPEIM. 

Ahli boleh menyemak dan membuat penebusan mata ganjaran Privilege YaPEIM melalui laman web www.privilege.yapeim.my atau kunjungi cawangan Ar Rahnu dan YaPEIM Gold yang berhampiran. 

Ya, mata ganjaran ahli boleh ditukar milik kepada pewaris selepas mempamerkan bukti kematian melalui sijil kematian ahli di kaunter-kaunter penebusan. Bagi ahli yang mengalami kecacatan kekal atau tidak berkeupayaan, ahli boleh memberi surat kuasa kepada pewaris untuk membuat penebusan bagi pihaknya beserta dengan salinan kad pengenalan ahli. 

Ahli boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan YaPEIM di talian Hotline Privicare YaPEIM 1800-18-3434 atau emel kepada privilege@yapeim.my untuk sebarang pertanyaan. 

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay