Korban dalam bahasa Arab disebut al-udhhiyah,iaitu binatang yang disembelih pada waktuDhuha.

Manakala pengertiannya dari segi hukum syara’ialah binatang ternakan (na’am) sepertikambing, lembu atau kerbau yangdisembelih pada Hari Raya Aidil Adhaatau pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13Zulhijjah) dengan niat untuk menghampirkandiri kepada Allah.

Hukum menyembelih haiwan korban pada HariRaya Aidil Adha atau Hari Raya Korban ke atasumat Islam yang mampu ialah sunat Kifayah(sunat yang dituntut) dan jikalaumeninggalkannya adalah makruh.

Allah S.W.T berfirman; “Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah” Surah al-Kautsar (2)

Mengikut tafsiran ulama maksud solat atausembahyang pada ayat ini ialah solat Aidil Adhadan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Singkatan daripada ‘Tabung Ibadah Qurban YaPEIM’ yang berasal dari perkataan arab Taqy yang bermaksud taqwa

Singkatan dari perkataan ‘Program Ibadah QurbanYaPEIM’Program Ibadah Qurban YaPEIM adalah merupakansatu program yang dianjurkan oleh YayasanPembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)dan dikelolakan oleh Koperasi Ibadah QurbanYaPEIM Berhad (KIQYB) bagi melaksanakanProgram Ibadah Qurban dan Aqiqah pada HariRaya Aidiladha setiap tahun.

Aktiviti di bawah Program Ibadah Qurban YaPEIMadalah seperti berikut :-

  1. Ibadah Qurban
  2. Ibadah Aqiqah
  3. Infaq Qurban
  4. Travelog Qurban
  5. Pembekalan (Penjualan) haiwan

Selain pelaksanaan PIQY, KIQYB juga menawarkanperkhidmatan berikut :-

  1. Program aqiqah sepanjang tahun di manapara peserta boleh melaksanakan aqiqahbersama pihak kami beserta pakej masakan(golek ataupun gulai).
  2. Membekalkan/menjual lembu kepadapembeli. Pembekalan ini terlaksanasemasa dalam musim qurban mahupun diluar musim qurban.
  3. Menjual daging segar kepada pembelikhususnya staf YaPEIM.

Program qurban YaPEIM diperkenalkan sejak 2007merupakan program tahunan Sekretariat Ar RahnuSerantau yang dilaksanakan di Negara anggotaseperti Kemboja, Thailand, Indonesia, TimorLeste, Vietnam, Filipina, Brunei dan Singapura.

Namun sejak 2011, peranan tersebut telahdiambilalih oleh KIQYB dan meneruskanpelaksanaan di luar negara sehingga ke hari ini.

Antara negara yang terlibat dalam pelaksanaan PIQY dari 2007 sehingga sekarang adalahKemboja, Filipina, Timor Leste, Thailand,Malaysia, Vietnam dan Indonesia. Pelaksanaan luar negara adalah berkaitan kerjasama serantaunegara tersebut dengan YaPEIM.

Terdapat 2 kaedah yang dilaksanakan :-

  1. Pelaksanaan secara Tradisional. Pelaksanaanini adalah secara tidak berpusat dan mengikutlokasi yang telah ditetapkan. Kaedah ini bolehdilaksanakan di dalam dan luar negara.
  2. Pelaksanaan secara berpusat/berkelompok.Kaedah ini adalah Pelaksanaan di pusatpenyembelihan yang dikendalikan olehJabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)Malaysia dan yang diiktiraf olehnya di rumah sembelih kerajaan atau rumah sembelih persendirian.

tabungibadahqurban.yapeim.my

Terdapat 2 jenis penyertaan iaitu :

  1. TaQY DEWASA – Umur 18 tahun keatas dengan
    FI Masuk sebanyak RM10.00
  2. TaQY JUNIOR – Umur bawah 18 tahun dengan
    FI Masuk sebanyak RM2.00
  1. Kaunter Cawangan Ar Rahnu YaPEIM
  2. Institusi kewangan – Bank Islam,CIMB,Maybank & BSN
  3. Menabung secara ONLINE Debit/Kad Kredit boleh melalui Portal Rasmi TaQY : tabungibadahqurban.yapeim.my
  4. Potongan Gaji Majikan

Ada dua kaedah :-

  1. Melalui Portal Rasmi TaQY :tabungibadahqurban.yapeim.my (Sila rujuk Panduan Daftar)
  2. Melalui Cawangan Ar Rahnu YaPEIMKunjungi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM yangterdekat.

Tempoh waktu operasi : Isnin-Khamis : 09.00pg –5.00ptg & Jumaat 9.00pg-12tgh

( Dalam penambahbaikan untuk Pengaktif secaraauto mengikut terma & syarat )

Waktu operasi : 09.00pg – 5.00ptg

Hari : : Isnin-Khamis.
Jumaat 9.00pg-12tgh

1. Kaunter Cawangan Ar Rahnu YaPEIM
2. Pejabat TaQY

  1. Boleh melalui Portal Rasmi TaQY :tabungibadahqurban.yapeim.my denganmendaftar portal terlebih dahulu – lihatPanduan Daftar
  2. Kaunter Cawangan Ar Rahnu YaPEIM
  3. Pejabat TaQY
  1. Kaunter Cawangan Ar Rahnu YaPEIM
  2. Pejabat TaQY
  3. Mendaftar secara ONLINE Debit/Kad Kreditboleh melalui Portal Rasmi TaQY : tabungibadahqurban.yapeim.my
  1. Pihak TaQY akan memaklumkan kepadapeserta melalui emel/whatpps/massage/setiap pendaftaran yang telah didaftar.
  2. Boleh layari Portal TaQYtabungibadahqurban.yapeim.my dan daftaruntuk melihat maklumat akaun peserta(personal dashboard)

Buat surat berhenti / isi borang pemberhentiankeanggotaan peserta dan serahkan kepadaCawangan Arrahnu YaPEIM /Pejabat TaQY.

Untuk makluman minimum simpanan tabunganRM10 dan kadar harga bagi setiap tahun mengikutkadar harga ternakan, Pihak TaQY akanmemaklumkan kadar harga setiap tahun kepadapeserta dan menjemput untuk sertai Qurban. Jikapeserta ingin menyertai pada tahun tersebutpeserta perlu menambah tabungan untukmencukupi tabungan dan boleh menyertai Qurbanpada tahun tersebut.

Minima yang perlu ditinggal didalam tabungansebanyak RM10 sebagai pengaktifan akuantabungan & Syarat untuk pengeluaran adalah bagitujuan melaksanakan Qurban/Aqiqah/Amal Jariahsahaja.

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay