Perkhidmatan Francais dan Konsultansi Ar Rahnu YaPEIM Premier serta perkhidmatan kursus/latihan dan Pendidikan.

  • Ar-Rahnu YaPEIM Premier merupakan produk francais YaPEIM. 
  • Ar-Rahnu YaPEIM telah dilancarkan sejak tahun 2000. Produk mula difrancaiskan sejak 11 Oktober 2011 setelah mendapat pengiktirafan sebagai francaisor perniagaan Ar Rahnu YaPEIM Premier dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). 
  • Menerusi sistem perniagaan francais, Ar Rahnu YaPEIM akan memindahkan pengalaman dan dan kepakaran perniagaan mikro kredit Ar-Rahnu ini kepada koperasi yang berperanan sebagai francaisi. 
  • YaPEIM Smart Venture bertindak selaku francaisor Ar-Rahnu YaPEIM Premier. 

Francais adalah Lesen yang menjelaskan hubungan antara francaisor dan francaisi termasuk penggunaan tanda dagangan, yuran, sokongan dan juga kawalan. 

Konsultansi adalah perkhidmatan khidmat nasihat yang diberikan kepada koperasi/syarikat yang berminat untuk memulakan perniagaan bagi produk yang ditawarkan. 

  • Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 
  • Mempunyai peruntukan di dalam Undang-Undang Kecil yang membenarkan aktiviti perniagaan Ar-Rahnu. 
  • Mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Koperasi. 
  • Koperasi telah wujud melebihi 3 tahun 

Rujuk : GP25: Garis Panduan Aktiviti Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) 

• Syarikat (bukan koperasi) yang mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan pajak gadai dari Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

  • Fi francais – RM65,000.00 
  • Kajian kemungkinan – RM5,000.00 
  • Latihan – RM30,000.00 
  • Kelengkapan operasi – RM30,000.00 
  • Pengubahsuaian – RM281,000.00 – RM355,000.00
  • Sistem Keselamtan – RM1,350.00 – RM1,500.00

RM1,000,000.00 (minimum untuk permulaan bagi tempoh pinjaman enam (6) bulan pertama)

Yuran bulanan terbahagi kepada dua iaitu caj royalty dan pengiklanan dan kadar yang telah ditetapkan adalah seperti berikut : 

  • Royalti – RM0.05 daripada upah simpan bagi setiap RM100 nilai mahun
  • Pengiklanan – RM0.01 daripada upah simpan bagi setiap RM100 nilai marhun

Pembayaran tetap dibuat oleh Francaisi kepada Francaisor, kebiasaannya berdasarkan kepada peratus jualan kasar Francaisi

Fi perkhidmatan konsultansi – RM150,000.00 

Perkhidmatan ini ditawarkan mengikut keperluan dan rundingan bersama.

  1. Perkhidmatan perancangan strategi dan struktur program Ar Rahnu
    • Bantuan pemilihan lokasi o ‘Market Survey’ 
  2. Pembangunan Manual Operasi Ar Rahnu
  3. Khidmat nasihat penyediaan Sistem Komputer Ar Rahnu
  4. Perkhidmatan Pengurusan Latihan Teknikal dan Praktikal Staf 
    • Latihan teori & praktikal pengurusan dan operasi (Operasi, sistem komputer, penilaian emas, pemasaran dll). 
  5. Khidmat Nasihat Penyediaan Infrastruktur dan prasarana keselamatan Cawangan 
    • Pengubahsuaian dan kelengkapan 
  6. Khidmat Nasihat Operasi Ar Rahnu 
    • Bantuan dan nasihat semasa sebelum dan selepas pembukaan operasi perniagaan
    • Bantuan dan nasihat mengenai pelancaran o Persediaan operasi, majlis dan sebagainya.
ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay