100 Penerima Asnaf dan B40 Menerima Sumbangan

ALOR GAJAH, 10 JULAI 2020 – 100 penerima dari golongan B40 dan asnaf disantuni oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) di bawah Program Inspirasi Musaadah Covid 19.

Para penerima ini dikenalpasti melalui pimpinan masyarakat setempat serta kerjasama dari Jawatankuasa & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) telah menerima sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan lain-lain.

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Turut hadir, ADUN Rembia, YB Datuk Muhammad Jailani bin Khamis; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Hj. Muhammad Ikram bin Ibrahim; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Azhan bin Samat dan Mufti Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil, Datuk Hj Akbar Hj Samon, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta Tn Hj Ruslan Bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR.