100 Keluarga B40 Terima Foodbank YaPEIM 1.0 Sempena KR-20

KUANTAN 23 Feb 20 – PENGANJURAN Karnival Rahmah 2020 (KR20) Parlimen Kuantan berlangsung meriah apabila dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat daripada berbilang bangsa.

Sambutan positif terhadap karnival anjuran Parlimen Kuantan dengan kerjasama rakan-rakan strategik Agensi Islam itu, sekaligus menjadi medan penting bagi menyebar luas mesej kedamaian dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Bersempena dengan karnival tersebut, YaPEIM juga turut mengagihkan Foodbank YaPEIM 1.0 kepada 100 keluarga di kalangan B40 di Majlis Penutup Karnival Rahmah 2020 ini.